Kau, aku sama.
Bukan sama apa.
Kita sama gender.
Tapi hati tak sama.
Ciri gender itu buat kita nampak serupa.
Aku ini perempuan.
Kau juga perempuan.
Aku tertarik pada kau.
Personaliti kau aku suka.
Buat aku ingin dekat, kenal, contoh.
Kau ada kualiti sendiri, macam roti gardenia.
Apa yang kau tulis dan cakap, buat aku terfikir.
Buat aku sedar diri, kenal diri, buruk aku, baik aku.
Aku suka.
Aku suka.
Aku suka.
Kau.
Kita selalu bertembung.
Kau borak dengan kawan kau.
Gelak kau ikhlas. Senyum kau bukan pura-pura.
Walau kau tak pernah perasan aku jalan sebelah kau,
aku nak kawan dengan kau.
Tapi kenapa tak ada sikit pun berani aku keluar untuk tegur kau?
"Hye!"
"Sihat?"
"Nak pergi kelas?"
"Cantik baju kau."
-------------------------------------------------------------------------------------
Kepada kau.
Nama aku Nadd.
Aku sangat dan banyak buruk.
Tapi sudi tak kau kawan dengan aku?
Ya, aku pathetic.
Tetap tak mampu nak nyatakan nama dia.