Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik. Kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, kan? Dan dia tidak buat salah dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?
love, naddy