Gelap,termenung.
Petir, menangis.
Budak yang menangis tu, baru sedar yang dia sebenarnya amat rindu arwah adik.
Masalah, masalah. Kadang-kadang sampai penat. Tapi mana boleh elak kalau nama pun manusia. Pelik, serabut dengan perangai-perangai manusia. That is the beauty of human. Variety, colourful. Kadang-kadang rasa macam kita dah buat yang terbaik, tapi masih belum cukup bagi orang lain. Kadang-kadang kita rasa heaven tapi hell bagi orang lain. Tak semua perasaan kita boleh baca.
Kalau ini jalan yang dia pilih, teruskanlah. Budak menangis tu dah penat cuba. Tidak ada budak menangis tu, hidup dia takkan terkesan. Dia masih ada ramai yang sayang. Dalam ramai itu, budak menangis tu cuma orang yang menumpang untuk turut sayangkan dia. Pastinya dia tak akan nampak. Kawan, budak yang menangis tu dah penat jernihkan segala. Tak kira salah siapa, kalau tak ada yang buka langkah, keadaan tak berubah. Tapi dia buktikan pada budak menangis tu, apa pun yang dibuat untuk jadikan mereka sama macam dulu, tetap tak akan ubah apa-apa.
Ini jalan yang dia pilih, berbahagialah.
Budak menangis tu dah penat. Siapa mahu dengar?
Sudahlah...