| Best viewed with GOOGLE CHROME |

Thursday, September 8, 2011

Cerita Hati

Assalamualaikum 

Ok, apakah cerita hati untuk kali ini?
Haaaa, tiada cerita untuk diungkap 
Tapi nak meluah apa yang terbuku 
Dah terlalu lama . . . Lama sangat . . .
Aku pendam, aku simpan . . . Kemas . . .

Kesempurnaan. Itu memang tiada dalam kamus 
Kamus hidup seorang manusia 
Tiada siapa yang sempurna 
Walau secantik Megan Fox sekalipun 
Walau sekacak Brat Pitt 
Mereka juga ada kurang di mana-mana 

Cantik . Sangat-sangat subjektif 
Mana ada manusia yang tidak sukakan kecantikan? Betul tak?
Kau juga sukakan kecantikan 
Tetapi kecantikan itu berbeza-beza 
Ada cantik rupa,  ada cantik akal, ada cantik bahasa 
Ada cantik akhlaknya, tepuk dada, tanya selera
Tepuk dada, tanyalah iman 

Ya. Aku di sini 
Bukan mahu menyatakan 
AKU HEBAT, AKU CANTIK, AKU SEMPURNA 
Tidak . . . Aku manusia 
Manusia biasa yang serba serbi kurangnya 
Tetapi aku bersyukur 
Dengan kekurangan 
Aku belajar erti kekuatan
Aku belajar erti kemenangan
Aku belajar erti cinta 

Terima kasih 
Terima kasih kepada semua 
Yang sudi menasihat 
Yang sudi menegur 
Yang sudi berbicara 
Yang sudi bersahabat 
Yang sudi membenci 
Yang sudi memarahi 
Tanpa kalian siapalah saya ;')

Tidak lupa juga 
Yang sudi mencintai 

Aku hanya manusia 
Manusia biasa yang bergelar . .



          NADZIRAH