| Best viewed with GOOGLE CHROME |

Friday, September 30, 2011

Mutiara Kata


Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. 

Antara yang disukai oleh bibir adalah mencipta janji, antara yang disukai oleh hati adalah berkata-kata tanpa didengar, dan telinga pula suka melibar menari kata-kata. 

Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita.  Segala-galanya santun juga 
peradabannya dalam dunia.