* play muzik ini terlebih dahulu untuk mendapat mood yang lebih syahdu *
Aku telah mengembara, mengembara dan terus mengembara,
untuk mencari CINTA,
akhirnya aku berjumpa,
mengenali dia yang semanis itu membuat aku terpaku, termalu
dia begitu manis, dia begitu menawan, soleh
kali pertama bertemu dia, hati aku terus terpaut,
itulah kebenarannya.
hari bertemu hari,
bulan bertemu bulan,
tahun bertemu tahun,
masa berjalan begitu cepat
Tapi akhirnya, bila dia telah memiliki CINTA aku,
Dia mencampakkannya jauh ke dasar gunung berapi yang tidak mampu aku gapai,
Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?
Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
* I put it in the box *
Melangkah pergi meninggalkan dia, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia
Seseorang telah berkata,
“ If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place "
Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku.
" Sungguh, tidak ada lagi cinta buatmu saat ini. Maka,
tinggalkan aku. Aku tidak mampu memberi sesuatu yang tidak ada pada aku.
Aku mohon kau pergi jauh.
Kerana aku benci cinta saat ini.
Terlalu.
Yang paling dalam di sudut hati. Membenci.
Kau jangan berpaling. Terus pergi jauh.
& kerana sesungguhnya ALLAH mengetahui perkara yang tidak kamu ketahui "
Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki,
Kerana CINTA itu ikhlas & penuh kasih sayang =')